diari tak rasmi untuk catatan aktiviti harian, pandangan, dan perkongsian ilmu untuk kebaikan bersama
Wednesday, August 24, 2011
Inspirational PPT Motivational PPT Videos Presentations leaders workshop leadership: Inspirational PPT: Attitude...a matter of Choice
Inspirational PPT Motivational PPT Videos Presentations leaders workshop leadership: Inspirational PPT: Attitude...a matter of Choice: Attitude A Matter Of Choice View more presentations from Shabbar Suterwala .
Tuesday, August 9, 2011
Wednesday, May 25, 2011
KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA
PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.
Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.
Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.
Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.
Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.
Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-
Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.
Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.
Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.
Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:-
Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu.
Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut.
Melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pada saya melalui pengalaman yang telah saya alami ketika memberi kursus kepada pelajar-pelajar untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman.
Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.
Proses membuat peta minda dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya:-
Latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif.
Pencetusan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.
Perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar.
Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.
Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang.
Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.
Oleh DR. ISMAIL ZAIN
[Selamat Pagi Cikgu - Utusan Malaysia]
Monday, May 23, 2011
Kelebihan Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.
Maksud firman Allah s.w.t:
“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.
Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :
“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”
Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :
“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”
Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”
Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :
1.Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
2.Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3.Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4.Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.
(sumber - IslamGrid.gov.my)
Thursday, May 19, 2011
Pembelajaran Kursus Pendek

Kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai kelapangan dihujung minggu, jom kita mengikuti kursus pendek di kolej-kolej komuniti di seluruh malaysia.
Saya sendiri telah beberapa kali mengikuti kursus yang dijalankan dan mendapat manafaat atas ilmu yang dipelajari
1.Kursus Membuat Roti - Kolej Komuniti Teluk Intan
2.Kursus Cupcake, Span, Marble - Kolej Komuniti Pasir Salak
3.Kursus Masakan Barat (chicken chop) KK Teluk Intan
4.Kursus Coklat Home Made KK Pasir Salak
5.Kursus Kek Lapis Serawak - KK Manjung
Sesiapa yang berminat boleh melayari laman web Kolej Komuniti dan mendaftar secara online.
Jangan tak pergi..rugi..yuran murah, pengajar profesional dan penganjur..terbaik
Subscribe to:
Comments (Atom)