Wednesday, December 29, 2010

Refleksologi - rawatan alternatif tanpa ubat?


Urut boleh buat orang ketagih. Ini dakwaan beberapa teman yang menjadi perangsang perkembangan industri kesihatan tradisional, termasuk urut kaki atau tangan yang lebih dikenali sebagai refleksologi untuk mengembalikan kecergasan.

Refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.

Mengurut sebenarnya memberi tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki edaran darah yang secara tidak langsung merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Orang zaman dulu melakukan refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil atau permukaan bumi yang kasar — untuk mengembali dan mengekalkan keseimbangan badan.

Namun, dalam keadaan sekarang, kita boleh lakukan sendiri refleksologi dengan berjalan berkaki ayam di atas batu refleksologi yang banyak di pusat riadah dan rekreasi. Ada orang mengaitkan kalau sakit berjalan di atas batu ini, tanda banyak penyakit, tetapi kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan.

Harus diingat, refleksologi bukan kaedah untuk mengenalpasti atau mengubati penyakit, tetapi ia mampu mengurangkan simptom dan meredakan kesakitan mahupun ketidakselesaan fizikal disebabkan tekanan, trauma atau penyakit.

Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang diamalkan di China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun. Lukisan dinding Mesir kuno yang dijumpai di Saqqara dalam piramid Ankhmahor (doktor Mesir kuno) menunjukkan dua lelaki mengurut tangan dan kaki lelaki lain. Malah, kaedah sama diamalkan penduduk asli Amerika Utara dan semakin popular di Eropah dan Amerika Syarikat.

Apa kebaikan refleksologi?

Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.

Kedua, walaupun makin ramai mengamalkan pemakanan sihat dan memilih makanan organik, tetapi masalah kesihatan tetap muncul. Malah, tidak ramai berjaya mengekalkan corak pemakanan begini.

Kekurangan zat tertentu dan kesan tekanan boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi dikatakan dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.

Ketiga, di samping menjalani perubatan moden, ramai juga memilih rawatan alternatif untuk mendapatkan kesihatan menyeluruh. Ubat tradisional Barat menjurus kepada rawatan khusus untuk satu-satu penyakit atau simptom, sedangkan refleksologi pula adalah kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan ubat. Ia hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.

Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan). Contohnya, ibu jari dianggap cermin kepada kepala dan tapak kaki pula adalah anggota badan.

Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.

Antara soalan yang kerap diajukan mengenai refleksologi adalah :

Adakah ia menyakitkan?
Ia perlu dialami sendiri. Kali pertama mungkin sakit tetapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Refleksologi tidak menyakitkan, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan sedikit.

Bagaimana ia boleh menyegarkan seseorang?
Sebagaimana kaedah tradisional lain seperti urut, akupuntur, tai chi dan ayurveda, refleksologi memberi kesan lebih kurang sama — boleh merangsang tidur lebih nyenyak dan selera makan. Ini secara tidak langsung dapat memberi tenaga kepada seseorang.

Ada yang mendakwa refleksologi boleh membantu masalah sembelit. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tidak dapat diterangkan, tetapi ini antara kriteria utama menyebabkan ramai pengusaha berlumba-lumba menghasilkan mesin refleksologi elektrik.

Refleksologi bukan hanya pada kaki, ia juga boleh dilakukan pada tangan tetapi kaedah ini kurang popular.

Mengapa urut kaki lebih popular dan menyeronokkan?
Ada pengamal refleksologi mendakwa ia boleh memperbaiki mood kerana bahagian otak yang berhubung dengan kaki terletak bersebelahan dengan bahagian yang menghubungkan alat kelamin! Bagaimanapun, kesan refleksologi berbeza antara individu. Jika anda mengalami masalah sakit kaki, disarankan lebih baik supaya mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu kerana ia mungkin disebabkan masalah lain

Friday, December 3, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432


Selamat menyambut Awal Muharram ...
Selamat Tahun Baru Hijrah...
Selamat berubah dari perkara yang baik kepada yang lebih baik..
dan dari yang lebih baik kepada yang paling terbaik...
kita tidak akan pernah terlambat untuk berubah...
...
Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:
“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”
Tepuk dada, tanyalah iman.

Masalah manusia adalah memandang ringan akan kehidupannya. Adakah kehidupan kita ini untuk bermain-main sahaja? Kita hakikatnya akan dikembalikan kepada Allah SWT.
“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu untuk bermain-main sahaja? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mukminuun ayat 115.

Lirik Lagu Maal Hijrah

‎1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam

Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah
...
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman....

Tuesday, November 30, 2010

Bagaimana Menjadikan Otak Kreatif ?


Tahun 2010 merupakan tahun Inovasi dan Kreativiti. Dimana-mana perbincangan dibuat bagi melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran/otak yang kreatif dan berinovasi. Langkah yang dibuat amat baik memandangkan berbagai jenis produk/bahan baru dihasilkan oleh kebanyakannya dari luarnegara. Kita dinegara ini hanya menjadi pengguna produk, sedangkan kita juga boleh jika usaha berterusan dibuat.

Apakah yang dinamakan kreatif dan inovasi itu?

“Kreativiti sarat dengan ide manakala Inovasi sarat dengan pencapaian
Kreativiti bermula dengan impian manakala inovasi menyempurnakan
perjalanan”

Apakah harga menjadi kreatif?

“Sebatang besi buruk bernilai RM5.Jika anda mengambil besi buruk tersebut dan menghasilkan ladam kuda,nilainya akan bertambah menjadi RM50.50.Jika ia digunakan untuk membuat jarum,nilainya meningkat kepada RM3,285.Jika anda menghasilkan spring jam,Ia bernilai RM250,000. Perbezaan antara RM5 dan RM250,000 adalah KREATIVITI dan INOVASI!”
(Ripley’s-Believe It or Not, TV Program)

Kepentingan menjadi kreatif

1. Membawa kepada pembaharuan
2. Menghapuskan sifat kelalaian dan penerimaan sesuatu
3. Menggalakkan pemikiran semula
4. Penyelesaian masalah
5. Mencari peluang-peluang baru

Sifat-sifat orang yang kreatif
1. Berfikir dengan fasih dan mudah ubah
2. Mempunyai keinginan untuk mengetahui apa-apa juga yang dilihatnya
3. Terbuka dan sedia menerima cadangan
4. Sensitif kepada masalah sehingga menganggap masalah itu sebagai peluang
5. Berani untuk mencuba - ‘adventurous’
6. Motivasi tinggi di dalam apa jua yang dilakukan
7. Banyak idea yang dicadangkan
8. Mempunyai kebolehan untuk memilih kualiti yang baik

Cara-cara menjadi kreatif

1. Mencubanya - jangan katakan tidak boleh/sukar dilakukan
2. Cekal(persistent) - jangan mengalah terlalu awal
3. Ruang “flexibility” yang cukup. Cuba lakukan dengan pelbagai cara dan jalan yang berbeza dengan memberi masa dan peluang yang sama untuk tiap-tiap satu cara/jalan
4. Rendah diri. Mulakan dari peringkat asas
5. Terima cabaran. Jangan sekat sesuatu tindakan selanjutnya
6. Punyai ciri-ciri positif. Jangan padamkan/ lunturkan sesuatu idea yang baru nak muncul
7. Kemunculan sesuatu idea bukan secara sistematik tetapi secara flash of inspiration, sebab itu tuliskan/rekodkan8. Berfikir secara “free gear”
9. Cuba hubungkaitkan atau campurkan antara idea tersebut supaya lebih banyak idea boleh dihasilkan
10.Dapatkan idea dari orang ramai, secara individu dan kumpulan (Brainstorming)
11.Gali dan cari idea secara lateral; bukan menumpukan kepada satu spot
12.Cuba kaedah “opposite thinking”
13.Lihat/fikir dari beberapa sudut; perkara yang pada mula sukar mungkin menjadi boleh
14.Jangan terperangkap dengan perkara berikut:
- mind-set - ikut tradisi
- blind-spot - ikut keputusan lama
- ikut majoriti - either-or

Monday, November 29, 2010

Humor di Tempat Kerja



Seringkali kita merasakan tempat kerja/ofis satu tempat yang memerlukan suasana serius dan penumpuan yang penuh bagi memastikan kerja dilaksana dengan baik.
Seringkali juga kita berada dalam keadaan tertekan dan mood yang kurang baik apabila memasuki kawasan kerja/ofis. Akhirnya ini akan menimbulkan tekanan/ stress yang membuatkan prestasi kerja menjadi menurun bukan menaik seperti yang diharapkan semua majikan.

Kajian menunjukkan suasana humor ditempat kerja boleh meningkatkan tahap prestasi kerja. Humor boleh membuatkan kita rasa seronok untuk bekerja dan dengan secara langsung kerja dibuat dengan lebih efektif dan efisien.

Suasana humor juga membuatkan kita lebih kreatif dalan menyelesaikan amsalah yang mendatang. Tanpa stress kita lebih relaks dan idea akan datang mencurah-curah.

keadaan persekitaran yang mana pekerja berada dalam suasana humor akan lebih mesra dan membuatkan ikatan antara pekerja-bos,pekerja-pekerja akan lebih mudah bekerjasama tanpa perintah.

Walaubagaimanapun humor perlu dihadkan supaya tidak berlebih-lebihan yang akan mengakibatkan kecuaian ditempat kerja. Kerja lebih utama, namun suasana kerja yang lebih santai dan mesra ikatan akan menjadikan tempat kerja boleh dijadikan syurga untuk kita menumpukan hampir 25% masa kita setiap hari dalam sehari.

Monday, November 22, 2010

Pengurusan Projek Yang Efektif


Pengurusan projek boleh ditakrifkan sebagai satu perancangan yang dilakukan secara menyeluruh terhadap pengawalan dan kordinasi sesuatu projek dari peringkat permulaan hinggalah ke peringkat penyiapan bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam masa yang ditetapkan. Pengurusan projek merupakan suatu suasana yang melibatkan sumber-sumber terhad secara cekap bagi mencapai objektif yang berkesan.

Dalam melaksanakan rancangan tersebut terdapat pelbagai masalah yang timbul sewaktu perlaksanaan projek dijalankan. Antara masalah tersebut adalah ;

1. Kekurangan sumber
2. Masa penyiapan dan kos yang tidak munasabah
3. Matlamat yang kabur
4. Pekerja tidak komited
5. Kekurangan perancangan
6. Kegagalan komunikasi
7. Kelemahan atucara kontrak
8. Perubahan skop dan sumber
9. Konflik
10. Kekurangan pengawasan

Pengetahuan yang mendalam mengenai Pengurusan Projek amat penting bagi memastikan aspek punca masalah dikenalpasti dari awal dan langkah proaktif mecegah dari berlaku. Sekiranya berlaku juga, langkah kawalan perlu diambil bagi mengatasi masalah yang timbul.

Sunday, November 21, 2010

PERANCANGAN KERJA MENGGUNAKAN MICROSOFT PROJECT


Pengurusan Projek (Project Management) adalah satu proses untuk merancang, menjejak dan mengurus tugas dan sumber untuk mencapai suatu objektif di dalam suatu jangkamasa, dengan sumber dan kos yang ditentukan.

˜Microsoft Project™" adalah satu perisian yang dapat membantu pengurusan projek dengan menyimpan dan mengintepretasikan semua maklumat mengenai projek yang telah dimasukkan ke dalam pangkalan data.

Seseorang pengurus projek wajib memahami dan melaksanakan perancangan kerja mengikut jadual bagi memastikan objektif yang ditentukan. Seringkali perlaksanaan objektif tersasar dari matlamat.


CPM adalah jadual perancangan kerja.

CPM adalah jadual perancangan kerja. Sekiranya sesuatu projek itu mempunyai beberapa aktiviti. CPM boleh mengatur mana kerja perlu di dahulukan dan mana yang perlu di kemudiankan. Begitu juga CPM membantu memilih aktiviti mana yang perlu dilaksanakan selepas ini. CPM membantu projek siap pada masa yang sepatutnya

Sunday, November 7, 2010

Teknik berfikir seperti genius

Salam

Blog ini dihasilkan bagi mencatat segala aktiviti dan pendapat personal yang difikirkan boleh dikongsi bersama-sama kita semua. Adakalanya banyak aktiviti/hobi/pendapat tidak direkod dan hilang begitu saja. Diharap perkara-perkara yang baik boleh dijadikan pedoman bersama.

Blog ini merupakan permulaan azam 2011 dimana lebih banyak usaha dibuat untuk menggunakan masa dengan lebih berkualiti disamping lebih banyak membantu sesama insan jika dizinkan ALLAH SWT